Semua manusia di dunia ini mahukan kesihatan yang baik dan di jauhi dari penyakit-penyakit yang merbahaya, begitu juga suterayon mahukan kesempurnaan dalan kesihatan dan sentiasa gembira dan ceria sepanjang masa. Tapi bagaimana untuk mendapatkannya! Ada tips di bawah...
- Pastikan waktu tidur anda cukupPaling penting dalam kehidupan. Bukan setakat dapat menjaga kesihatan dengan baik tetapi juga dapat menjadikan anda sentiasa gembira dan bahagia setiap hari. Pastikan waktu tidur anda cukup di antara 8-10 jam dan bagi pembaca yang masih bersekolah pastikan kamu tidur lebih awal. Penggunaan katil dan tilam yang selesa juga dapat membantu tidur anda dengan nyenyak selain persekitaran tempat tidur anda yang nyaman tidak terlalu sejuk atau panas. Sebelum tidur ambil masa dalam 1 jam untuk pastikan otak anda berada dalam keadaan relax dengan membuat perkara-perkara seperti membaca buku novel atau menonton tv atau mengambil minuman yang menyegarkan dan pastikan jangan sesekali buat kerja sekolah atau kerja pejabat atau apa saja yang boleh membuatkan otak anda bekerja sebelum anda tidur.
- Makan makanan yang berkhasiatSekiranya anda peminat makanan ringan, suterayon nasihatkan anda berhenti dari sekarang dan ambillah makanan yang berzat dan berkhasiat seperti buah-buahan atau banyakkan sayur-sayuran dalam pola pemakanan seharian. Makanan ini akan membuatkan anda lebih bertenaga dan energetic setiap hari. Elakkan memakan makanan seperti snek ringan dan cuba gantikan dengan buahan atau makanan yang mengandungi kacang dan cuba elakkan makan secara sekaligus dalam sekali suapan.
- Perbanyakkan meminum air
Air sangat penting dalam struktur tubuh manusia. Pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari dapat membantu menjadikan kulit anda segar dan sihat, secara tidak langsung dapat menjadikan anda setiap hari gembira dan ceria kerana memiliki kulit yang sihat dan cantik. Pastikan anda meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Jika anda kurang berminat dengan air kosong cuba tambahkan perisa dalam minuman seperti perahan limau nipis dan sebagainya untuk menjadikan air tersebut sedap di minum. - Senaman
Memang sangat sukar untuk di buat setiap hari. Tapi percayalah, dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit dapat membantu anda sihat dan kuat. Tidak kira apa bentuk senaman sekali pun seperti berjalan laju, naik tangga turun tangga, berjogging, senam robik dan sebagainya, buatlah senaman 3 hari dalam seminggu sudah memadai. - Senyum dan ketawa
Jangan biarkan diri anda murung dan bersedih setiap masa. Carilah sesuatu perkara yang boleh membuat anda tersenyum atau ketawa seperti berbual dengan rakan-rakan dan selitkanlah dalam perbualan tersebut perkara-perkara lucu yang boleh membuatkan anda tertawa. Mana tahu dalam senyuman atau ketawa anda tersebut ada seseorang yang gembira melihatnya. - Hobi
Anda tentu mempunyai hobi. Hadiahkanlah pada diri anda sendiri dengan membuat kerja-kerja hobi yang anda minati dan jangan mengharapkan hadiah dari orang lain, buatlah diri anda sentiasa sibuk dan gembira dengan kerja-kerja hobi anda. - Tolong keluarga membuat kerja-kerja rumah
Rajin-rajinkan diri anda ke dapur untuk menolong ibu anda memasak atau membasuh pinggan atau pergi membuat kerja berkebun dengan ayah anda atau apa saja yang dapat membantu meringankan beban kerja keluarga. Ini bukan saja dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan tapi akan mewujudkan suatu perasaan puas dalam diri anda yang anda membantu mereka dalam mebuat kerja-kerja seharian dan kehadiran anda adalah sangat bermakna buat mereka. - Tolong ingatkan perkara penting dalam hidup anda
Cuba ingatkan perkara-perkara penting dalam hidup anda kerana ini boleh membantu memberi anda semangat dan penuh keyakinan dalam diri anda bahawasanya hidup ini hanya sekali saja dan hargailah ia dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. Ingatlah bahawasanya erti berkawan dalam hidup ini ianya mudah untuk pergi dan berpisah dengan anda dan tidak mustahil juga datang pula kawan yang baru dan ingatlah juga bahawasanya sesuatu luahan perkataan itu kekadang boleh menyebabkan anda terluka kerananya. - Buang segala tekanan perasaan
Setiap hari di mana jua kita berada pasti akan ada tekanan yang akan kita hadapi. Cuba anda elakkan segala tekanan yang boleh menggangu jiwa anda dengan cara menarik nafas dalam-dalam, membuat senaman yoga, rehatkan diri, mendengar muzik, menulis atau membaca atau cuba anda renungkan ke atas melihat keindahan di langit kerana ianya penting untuk menjadikan hidup kita ini indah dan sentiasa bahagia tanpa sebarang gangguan tekanan perasaan. - Bersiar-siar
Ambil masa pergi bersiar-siar atau bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan atau kemana saja tempat yang indah dan menarik untuk merehatkan tubuh badan dan minda anda, berhiburlah..
No comments:
Post a Comment