Pages

Sunday, 29 December 2013

Rahsia Elakkan Diri Dari Bercakap Dengan Orang


Kekadang dalam hidup kita ada kalanya kita mempunyai perasaan "bad mood" . Bila perasaan sebegini hadir sesetengah dari kita akan cuba mengelak untuk bercakap dengan orang di sekelilingnya. Bukan dalam erti kata sombong tapi waktu tersebut sememangnya "mood" kita tak berapa baik. Bagaimana anda hendak mengelak, ikuti rahsianya.

  • Pastikan anda berada di tempat yang sesuai untuk bersendirian
    Jika anda seorang yang prihatin terhadap apa yang di perkatakan oleh orang di sekeliling anda, cuba elakkan dari berada di tempat orang ramai terutamanya dari teman-teman anda. Berkemungkinan mereka ada berkata sesuatu tentang anda dengan rakan-rakan lain.

  • Berdiri di tempat anda
    Jika anda perlu menghadiri sesuatu majlis pastikan anda berdiri tetap pada kedudukan anda sekarang. Yang penting cuba pastikan tiada sebarang gangguan atau teguran dari sesiapa di sekeliling anda. Jika berlaku ini boleh menyebabkan teknik untuk anda bersendirian gagal.

  • Cuba jangan bercakap dengan sesiapa
    Tetapkan pendirian supaya jangan bercakap dengan sesiapa walaupun dengan teman anda. Secara tidak langsung rakan anda akan faham yang anda tidak mahu di ganggu waktu tersebut.

  • Cuba jadikan wajah anda "bad mood"
    Anda perlu praktis di depan cermin untuk mewujudkan wajah "bad mood". Pastikan teknik ini berjaya untuk mempengaruhi orang di sekeliling anda yang anda sememangnya tidak mahu di ganggu dan juga berjaya membuatkan orang di sekeliling anda tiada niat untuk bercakap dengan anda.

  • Jangan senyum atau ketawa
    Pastikan anda sememangnya "bad mood" ketika itu dengan tidak membuat sebarang senyuman mahupun ketawa. Jika anda senyum mahupun ketawa, orang di sekeliling anda akan menganggap yang anda sengaja membuat wajah yang tidak menyenangkan untuk mengelak dari bercakap dengan mereka.

  • Pastikan wajah "bad mood" anda tidak terjejas sehingga orang di sekeliling anda sudah tiada.

1 comment:

  1. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete