Pages

Friday 17 January 2014

Rahsia Mudah Ingat Formula Matematik



Adakah anda atau anak anda mengalami masalah untuk menghafal formula matematik atau sebarang formula lain. Lebih-lebih lagi formula tersebut terlalu panjang dan sangat sukar untuk mengingatnya. Tidak semua otak manusia mampu untuk menghafal formula-formula ini. Tapi itu tidak mustahil untuk anda mengingatnya jika menggunakan teknik yang betul. Ikuti rahsianya;


  • Rahsia paling utama ialah beri tumpuan apabila formula ini di perkenalkan kepada anda. Ini adalah paling asas. Kebanyakkan dari kita selalu mengabaikan teknik ini. Mengikut kajian dalam otak manusia apabila sesuatu perkara baru di perkenalkan dan anda pula memberikan tumpuan yang penuh padanya, ia mudah untuk di ingat kembali.

  • Teknik yang biasa di gunakan oleh kebanyakkan orang ialah dengan menghafal dan menyebut atau menulis di atas kertas berulang-ulang kali. Dengan menulis di atas kertas apa yang di hafal otak kita mampu untuk mengingatnya kembali.

  • Fahami pembentukkan unit-unit, persamaan atau tanda-tanda dalam formula tersebut. Jika anda mampu menganalisis dan membahagikannya dalam set sebagai formula, anda mampu untuk lebih memahaminya dengan mendalam.

  • Cuba kaitkan formula tersebut dengan sesuatu yang anda mudah ingat. Sebagai contoh jika formula  tersebut terlalu rumit atau panjang, anda perlu meringkaskan formula berkenaan dengan teknik berikut. Kaitkan sebarang nombor, operasi atau pembolehubah dalam formula tersebut kepada unsur-unsur tertentu yang bukan dalam Matematik. Seperti huruf atau nombor anda boleh kaitkan dengan nama-nama bunga, haiwan, makanan atau permainan atau apa-apa saja yang mudah untuk anda mengingat.

  • Setelah anda menamakan unit-unit tersebut dalam bentuk formula, cuba gambarkan satu cerita pendek bagaimana formula tersebut bekerja. Fahami dan cuba ingatkan cerita tersebut. Selepasa itu cuba anda asingkan segmen-segmen cerita pendek tersebut menjadi formula yang asal. Ianya sangat berkesan.

  • Menggunakan teknik tulis gambaran formula dalam ingatan. Caranya cuba tutup mata anda dan bayangkan satu platfom atau ruang kosong dalam kepala anda. Kemudian cuba gambarkan yang anda sedang menulis formula tersebut di ruang kosong berkenaan. Teknik ini seolah-olahnya anda sedang menulis formula tersebut di ruang ingatan anda.

  • Teknik yang paling mudah ialah dengan menulis atau menampal formula-formula tersebut di mana-mana tempat yang anda mudah lihat seperti membuat nota kecil, di lipat dan di simpan di dalam poket atau menampal formula tersebut di bilik tidur anda, di meja tempat anda belajar atau di mana-mana saja yang mana anda mungkin dapat melihatnya sepanjang hari.

  • Jangan sesekali menghafal formula dengan sekali lihat sahaja dan anda beranggapan ianya akan terus meresap di dalam ingatan anda. Mempelajari dan mengingati formula memerlukan teknik ulang dan terus mengulangi menghafalnya. Melainkan anda betul-betul mempunyai kuasa otak yang cukup luar biasa dapat mengingatnya dengan sekali pandang sahaja.

  • Cuba kenalpasti dan keluarkan kekunci utama dalam formula tersebut yang mana apabila di letakkan kembali akan menjadi formula yang asal. Pada mulanya anda mungkin agak keliru tetapi apa teknik ini di buat berulang kali dan anda telah mengenalpasti kekuncinya, ianya cukup mudah untuk di ingat.

  • Cuba pelajari formula tersebut dalam satu paten seperti lagu atau sajak. Ini membolehkan otak anda untuk mengumpul dan menyusun lagu atau sajak berkenaan dalam turutan yang betul. Selain itu anda juga boleh merekabentuk permainan atau teka-teki berpandukan formula berkenaan.

  • Pastikan anda tidak lapar dan dahaga sewaktu mula belajar kerana ini merupakan gangguan yang besar ke otak.

  • Sentiasa berfikiran positif. Rehatkan minda anda dan tarik nafas dalam-dalam. Yakinkan dalam diri anda bahawasanya anda mampu dan tidak mustahil untuk anda lakukan.

No comments:

Post a Comment